JUDI DAN CASINO DI SINGAPORE

Di Singapore, kerajaannya membuat beberapa dasar dan peraturan untuk melindungi rakyatnya dari terjerumus kedalam lembah kehancusran seperti menjadi ketagihan judi. Hal ini kerana, mengikut statistik, banyak keluarga yang hancur akibat dari perbuatan itu.

.
Walaupun Singapore terkenal dengan mempunyai Casino yang sangat mewah seperti di resort World dan Marina Bay, rakyatnya yang mahu memasuki tempat judi perlu memberikan kad pengenalan dan nama mereka akan dimasukkan dalam sistem. Sistem itu boleh di periksa dan dipantau oleh ahli kerajaan, ahli keluarga, bank dan pelbagai agensi. Dengan ini, ahli keluarga boleh mengambil langkah seperti menasihati, memarahi sebelum ia berlarutan. Agensi seperti bank boleh menilai risiko yang akan dihadapi, dan kerajaan dengan agensi agensi tertentu dapat alert tentang kegiatan masyarakatnya.

.
Selain itu, warganegara Singapore juga dikenakan levi (bayaran) yang tinggi untuk memasuki tempat perjudian. Sebagai contoh, jika orang luar negara hendak masuk ke Casino, hanya perlu tunjuk passport sahaja than boleh masuk secara percuma. Tetapi, jika warganegara Singapore mereka perlu membayar dalam 100-120sing dollar per entry. Langkah ini bagi mengurangkan lagi statistik rakyatnya untuk berjudi.

.
Admin berharap, kerajaan Malaysia juga dapat mengambil langkah yang sama atau lebih baik dari Singapore untuk memelihara akal, kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial