7 Tips untuk ke Pulau Perhentian

1 . Pilih pulau yang bersesuaian dengan kehendak anda

Pulau perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Perhentian kecil dan Pulau Perhentian Besar. Disana juga terdapat kawasan fisherman, long beach dan coral bay. Jika anda inginkan sedikit hiburan, anda boleh pilih resort yang berada di long beach kerana ada pertunjukan api pada waktu malam. Dan jika anda ingin melihat matahari terbit dan matahari terbenam lebih sesuai memilih resort yang terletak di Coral Bay. Jika anda mahu ketenangan dan kedamaian, anda boleh ke perkampungan nelayan dimana suasana disana agak nyaman.

2) Ketahui jadual bot

Bot untuk ke Pulau Perhentian adalah dari pukul 9 pagi-4.30 petang. Biasanya bot akan berlepas apabila bot sudah penuh dengan penumpang. Kalau pulang ke jeti, ada 3 waktu iaitu 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Jadi, tepati la waktu bot agar anda tidak ketinggalan.

3) Pemilihan pakej yang sesuai

Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan, jadi sebagai pelancong anda perlu bijak untuk memilih pakej yang berbaloi dengan harga dan aktiviti ditawarkan disana. Antara aktiviti yang wajib di Pulau Perhentian ialah snorkelling di Shark Checkpoint dan pergi ke kincir angin.

4) Bawa kasut untuk jungle trekking

Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti jungle trekking atau ke kincir angina, anda disarankan untuk membawa kasut yang sesuai. 

5) Pakaian

Jika anda memilih kawasan perkampungan di Pulau Perhentian, anda dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata seperti bikini.

6) Bawa wang tunai yang mencukupi

Pelancong dikehendaki membawa wang tunai yang mencukupi kerana di Pulau Perhentian tiada mesin atm. Jika pakej anda lengkap makan dan minum tiada masalah.

7) Kamera kalis air

Kamera kalis air boleh disewa di Pulau Perhentian jika anda berniat untuk mengabadi memori didalam laut bersama ikan-ikan. Rugi kalau tak abadikan dalam bentuk gambar terutama kalau pergi snorkeling dengan jerung atau penyu atau ikan nemo.

ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial