Picsart_22-01-14_16-09-49-249

INFO BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT


ANDA BOLEH TENTUKAN TARIKH YANG ANDA MAHUKAN. KAMI IKUT TARIKH ANDA.

PAKEJ KAMI SEDIAKAN INI ADALAH PRIVATE, TIDAK CAMPUR GROUP LAIN.

ITERNARI ADALAH FLEXIBLE, ANDA BOLEH MINTA UNTUK KAMI SEDIAKAN PAKEJ MENGIKUT KEHENDAK ANDA. KAMI AKAN NASIHAT UNTUK PERJALANAN YANG LEBIH TERATUR.

JIKA ADA APA APA PERMINTAAN, BOLEH MAKLUMKAN PADA KAMI, KAMI USAHA UNTUK REALISASIKAN

ANDA BOLEH PILIH UNTUK NAIK FERI DARI TERMINAL PUTERI HARBOUR ATAU TERMINAL STULANG ATAU TERMINAL PPASIR GUDANG. KAMI AKAN NASIHAT ANDA MENGIKUT KESESUAIAN SEMASA.

INFO BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT

  • Batam ialah sebuah pulau yang terletak di Selat Malaka, merupakan salah satu destinasi perlancongan yang menarik di Indonesia. Terkenal sebagai pintu gerbang menuju Singapura, Batam menawarkan kombinasi keindahan alam, budaya yang kaya, serta berbagai aktiviti yang memikat pelancong .
  •  
  • Pulau Bintan adalah sebahagian daripada Kepulauan Riau di Indonesia, terkenal dengan keindahan tropika, resort mewah, dan lokasinya yang dekat dengan Singapura, menjadikannya destinasi pelancongan yang popular. Tarikan utama pelancongan di sini termasuk pantai yang indah, resort mewah, padang golf, serta aktiviti pengembaraan seperti sukan air dan mendaki.
  •  
  • Pulau Penyengat, yang terletak berhampiran Tanjung Pinang di Bintan, merupakan destinasi pelancongan bersejarah yang terkenal di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini memainkan peranan penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga dan kaya dengan warisan budaya.

GAMBAR-GAMBAR PELANGGAN DI BATAM + BINTAN + PULAU PENYENGAT

HOTEL YANG SELESA

 

Lokasi hotel boleh dipilih berdasarkan kehendak anda. Pada asasnya, kami sediakan hotel yang berada pada tahap kebersihan dan keselesaan yang tinggi. Jika anda ada sebarang request untuk tukar kepada hotel yang anda mahukan, anda boleh inform kami. 

 

DRIVER/GUIDE YANG PERAMAH DAN MESRA

Tour guide yang kami sediakan mempunyai banyak pengalaman dan faham citarasa orang Malaysia. Mereka mahir dan akan menjaga kebajikan anda sepanjang berada di Batam + Bintan + Pulau Penyengat

BOLEH MINTA UBAH PAKEJ

Kami boleh sediakan pakej bermula dari destinasi yang anda mahukan. Contoh, anda nak bermula dari feri Johor bahru boleh, atau nak kami pickup anda di airport Batam juga boleh. Nak pakej termasuk flight boleh. Nak pakej termasuk bas dari destinasi anda juga boleh. Kami terbuka untuk berbincang dalam menyesuaikan kehendak anda sebagai pelanggan untuk menikmati percutian yang anda inginkan. Boleh berbincang dengan sales consultant kami tentang request anda. Kami usahakan untuk memenuhi kehendak anda. 

UTAMAKAN HALAL & SOLAT

Kami utamakan pelanggan muslim untuk solat. Penyediaan makanan yang halal untuk pelanggan juga amat ambil berat. Dengan pengalaman yang lama di Indonesia , kami sudah mengenalpasti restoran yang halal 100%.

RESTORAN TERPILIH

 

 Restoran yang kami pilih memenuhi citarasa orang Malaysia yang gemarkan masakan orang Indonesia dan dijamin sedap

DIPERCAYAI DAN BERLESEN

 

Syarikat kami menyediakan pakej yang terbaik dan murah . Syoknya Travel juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan KPL 8919

PAKEJ BATAM 2 HARI 1 MALAM [PRIVATE PAKEJ, TIDAK CAMPUR ORANG LAIN]

PAKEJ BATAM 3 HARI 2 MALAM [PRIVATE PAKEJ, TIDAK CAMPUR ORANG LAIN]

PAKEJ BATAM 4 HARI 3 MALAM [PRIVATE PAKEJ, TIDAK CAMPUR ORANG LAIN]

PAKEJ BATAM + BINTAN (TANJUNG PINANG + PULAU PENYENGAT) 3 HARI 2 MALAM [PRIVATE PAKEJ, TIDAK CAMPUR ORANG LAIN]

PAKEJ BATAM + BINTAN (TANJUNG PINANG+ PULAU PENYENGAT) 4 HARI 3 MALAM [PRIVATE PAKEJ, TIDAK CAMPUR ORANG LAIN]

KONSULTAN PELANCONGAN
SYOKNYA TRAVEL SDN BHD

j.png

HJ HILMI

Di sini kami hanya ada beberapa pakej sahaja, jika anda mempunyai permintaan trip selain dari yang dinyatakan,  anda boleh sahaja terus hubungi pihak konsultan 

Syoknya Travel Sdn Bhd (1236193-x) . Kami akan memberi quotation berdasarkan permintaan anda.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial