Kami mempunyai lesen yang sah dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Kami juga adalah ahli persatuan MATTA, PAPUH dan juga MITA. (No lesen KPL/LN 8919)
Jangan bimbang kami menyediakan makanan halal tempatan untk anda dan waktu solat serta kemudahan tempat solat sentiasa menjadi prioriti utama kami.
Jangan bimbang. Pakej kami sangat jelas dan tidak tiada harga tersembunyi. Kami bawakan anda ke tempat yang terbaik dari segi harga dan layanan yang diberi. Pasti puas hati.
Itinerary 10 Hari 7 Malam
HARI 1: Day 1 – Kuala Lumpur – Milan
HARI 2: Milan
HARI 3: Milan – Como – Lugano
HARI 4: Lugano – Tash – Zermatt – Tash (Breakfast only)
HARI 5: Montreux – Kandergrund – Interlaken (Breakfast only)
HARI 6: Interlaken – Lauterbrunen – Grindewald (Breakfast only)
HARI 7: Interlaken – Mount Titlis – Lucerne (Breakfast only)
HARI 8: Lucerne – Zurich (Breakfast only)
HARI 9: Zurich (Breakfast only)
HARI 10: Arrival in Kuala Lumpur
Arrangement of itinerary is subject to change if weather not permitted, caughtin traffic ordue unforeseen circumstances
Termasuk
Tidak Termasuk
Qatar Airways
PRICE PER PAX
Itinerary 10 Hari 7 Malam
HARI 1: KUALA LUMPUR – ABU DHABİ – ZURİCH (MAKAN DALAM KAPAL)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Zurich dengan Etihad Airways. Transit di Abu Dhabi kira-kira 3 jam sebelum berlepas ke Zurich. Tiba di Zurich pada waktu pagi.
HARI 2: ZURİCH (MAKAN MALAM)
Tiba di Zurich dan dijemput oleh pemandu pelancong. Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland. Peserta akan dibawa melihat gereja yang terkenal disini iaitu The Grossmünster dan Fraumünster, kemudian lawatan diteruskan ke Bahnhofstrasse, iaitu pusat bandar Zürich. Peserta akan diberi masa untuk membeli-belah. Kemudian, peserta akan dibawa mengunjungi The Lindenhof iaitu sebuah dataran awam. Makan malam dan bermalam di hotel.
HARI 3: ZURİCH – ANDERMATT – BRİG (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM)
Sarapan pagi; Bertolak ke Andermatt. Andermatt merupakan sebuah kampung yang terletak di Lembah Ursern di Pergunungan Alps Switzerland. Peserta akan merasai pengalaman menaiki kereta api dari Andermatt ke Brig. Brig merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Valais, selatan Switzerland. Brig terkenal dengan mandian thermal, gereja St. Sebastian dan Istana Stockalper abad ke-17. Sekiranya masa mengizinkan, pemandu pelancong boleh mengaturkan lawatan ke thermal spa untuk peserta. Bertolak semua ke Brig menaiki keretapi, dan bermalam di hotel.
(Aktiviti Pilihan) Pusat Spa: Setiap Orang 100 Euro
HARI 4: BRİG – TASCH – ZERMAT (TRAİN) – BRİG (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM)
Sarapan pagi; Bertolak ke Tash dan seterusnya ke Zermat dengan menaiki keretapi dan peserta akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang indah. Zermatt yang terletak di wilayah Valais, selatan Switzerland merupakan sebuah pusat peranginan yang terkenal dengan aktiviti ski dan pendakian. Selepas aktiviti di Zermatt, peserta akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api ke Tash. Peserta dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan bermalam.
Lawatan Pilihan: Gunung Matterhorn “Toblerone” – Setiap Orang 120 Euro
The Matterhorn ialah gunung Alps, melintasi kawasan tadahan air utama dan sempadan antara Switzerland dan Itali. Ia adalah puncak piramid yang besar dan hampir simetri di kawasan Monte Rosa yang diperluas di Pennine Alps, yang puncaknya setinggi 4,478 meter, menjadikannya salah satu puncak tertinggi di Alps dan Eropah
HARI 5: BRİG – INTERLAKEN – LAUTERBRUNNEN – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM)
Sarapan pagi; Bertolak ke Interlaken. Interlaken merupakan sebuah bandar peranginan tradisional yang terletak di kawasan pergunungan Bernese Oberland. Perjalanan diteruskan ke Lauterbrunnen yang merupakan sebuah kawasan perbandaran di Pergunungan Alps Switzerland. Di Lauterbrunnen, peserta boleh menyertai lawatan pilihan ke Jungfrau. Peserta kemudian akan dibawa ke Zurich untuk berehat dan bermalam.
Lawatan Pilihan: Jungfrau: Setiap Orang 150 Euro
Jungfrau, pada 4,158 meter adalah salah satu puncak utama Pergunungan Bernese Alps, terletak di antara wilayah utara Bern dan wilayah selatan Valais, di tengah-tengah antara Interlaken dan Fiesch. Untuk Jungfrau anda akan menggunakan kereta api dan kereta kabel.
HARI 6: ZURİCH – ENGELBERG – LUCERNE – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM)
Sarapan pagi; Peserta dibawa ke Engelberg yang merupakan sebuah bandar alpine di tengah kota Switzerland. Selepas lawatan di Engelberg, peserta boleh menyertai lawatan pilihan ke Titlis Mountain. Makan tengahari. Lawatan diteruskan ke Lucerne, sebuah bandar yang padat dengan penduduk di Switzerland dan terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang terpelihara dan terletak di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji di lake Lucerne. Melawat Altstadt (Kota Lama), yang berwarna-warni. Pulang ke hotel untuk berehat dan bermalam.
Lawatan Pilihan: Gunung Titlis: Setiap Orang 100 Euro
Titlis ialah sebuah gunung di pergunungan Alps, yang terletak di sempadan wilayah Obwalden dan Bern.Berada pada ketinggian 3,239 dari aras laut, Gunung Titlis merupakan salah satu puncak tertinggi di Switzerland yang mudah dilawati. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya ialah menaiki kereta kabel, meluncur ski, melalui jambatan gantung- – Titlis Cliff Walk.
HARI 7: ZURİCH – BERN – ZURİCH (SARAPAN PAGI & MAKAN MALAM)
Sarapan pagi; Peserta dibawa melawat Bern. Bern merupakan ibu kota Switzerland dan dibina mengelilingi Sungai Aare. Lawatan dimulakan dengan melawat The Zytglogge, iaitu mercu tanda menara zaman pertengahan di Bern. Kemudian lawatan akan diteruskan ke cathedral Bern, bangunan Parlimen Istana Persekutuan dan Von Bern, pusat bandar lama zaman pertengahan Bern. Makan tengahari dan solat. Peserta dibawa pulang untuk berehat dan bermalam di Zurich.
HARI 8: ZURICH – RHINE FALL – MEMBELI-BELAH – ZURICH
Sarapan pagi; Peserta dibawa melawat Air Terjun Rhine. Air Terjun Rhine yang terletak di Switzerland dan merupakan antara yang paling terindah di Europe. Air terjun ini terletak di High Rhine di sempadan antara kanton Schaffhausen dan Zürich. Jika ada masa lapang, anda boleh mengikuti lawatan pilihan bot. Selepas itu kita akan membeli-belah cerndera hati dan coklat yang terbaik dari Switzerland.
Lawatan Pilihan: Bot: Setiap orang 30 Euro
HARI 9: ZURİCH – ABU DHABI – KUALA LUMPUR (MAKAN DALAM KAPAL)
Bertolak awal pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH) untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Makan disediakan di atas kapal terbang. Transit di Abu Dhabi sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 10: ABU DHABI – KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.
Jadual perjalanan boleh dipinda oleh pemandu pelancong kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dilawati tetap sama
Termasuk
Tidak Termasuk
Harga Per Pax
February
July – December
Tarikh Berlepas
**NOTA
Di sini kami hanya beberapa pakej sahaja, jika anda mempunyai permintaan trip selain dari yang dinyatakan, anda boleh sahaja terus hubungi pihak konsultan atau anda boleh tuliskan pertanyaan anda diruang borang yag disediakan dibawah.
Syoknya Travel Sdn Bhd (1236193-x) . Kami akan memberi quotation berdasarkan permintaan anda.