Ho Chi Minh City, merupakan kota terbesar di Vietnam dan merupakan kota yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana nilai sejarahnya yang menarik. Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan untuk membeli belah dengan harga yang murah.
Jadi kali ini Syoknyatravel akan membawa anda 6 tempat POPULAR yang menjadi tumpuan pelancong jika ke Ho Chi Minh City.
Merupakan pasar dan tempat membeli belah yang besar dan menawakan pelbagai jenis barangan seperti perkakasan dapur, hiasan dalaman rumah, kraftangan, pakaian, cenderahati dan pelbagai lagi.
Pasar ini merupakan destinasi wajib pergi kerana harga yang dijual jauh lebih murah berbanding Malaysia. selain itu, anda boleh menempah pakaian seperti baju kurung yang akan dijahit dalam beberapa minit sahaja. Jadi jika anda tidak singgah di pasar ini tidak lengkap percutian anda di Vietnam.
2. Pasar Binh Tay
Bagi yang nak memborong secara pukal pula, anda boleh ke pasa Binh Tay.
Kebiasaannya yang sering ke sini adalah peniaga-peniaga runcit yang mencari barangan secara borong.
3. Dong Khoi Street
Bagi yang inginkan kawasan membeli belah dengan fesyen yang lebih moden dan kawasan persekitaran yang lebih maju, salah satu tempatnya adalah Dong Khoi Street.
Dong Khoi Street merupakan kawasan yang lebih “moden” yang menempatkan hotel-hotel, shopping mall dan butik-butik yang menawarkan fesyen rekaan baju yang lebih “up to date”.
4. War Remnants Museum
Muzium ini sangat unik dan popular yang terletak berdekatan dengan Indepence Place. Di dalam muzium ini terdapat banyak maklumat berkenaan ketenteraan bersejarah ketika perang Vietnam dulu-dulu.
5. Museum of Ho Chi Minh City
Merupakan sebuah muzium unik yang menempatkan banyak kesan sejarah bandar Ho Chi Minh. Sebaik sahaja anda ke sini anda akan melihat beberapa replika jet pejuang, kereta klasik dan meriam di sekeliling bangunan cantik ini.
6. Boneka air Vietnam
Bagi yang ingin lebih menyelami seni budaya orang Vietnam, salah satu yang menarik ialah melihat persembahan boneka air Vietnam. Kalau dibandingkan dengan persembahan boneka lain atau wayang kulit, boneka-boneka disini dimainkan di atas kolam kecil di atas pentas yang menyerupai seperti sawah mini.
Jika anda berminat untuk travel ke luar negara.
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)