Singapore sering digambarkan dengan negara yang sangat maju dan hanya untuk golongan berada. Tapi, jangan ingat semuanya mahal dan berbayar di sini, tarikan yang percuma juga banyak ditawarkan di negara maju ini. Tak kisahlah mahal, murah ataupun percuma, semuanya memang wow di Singapura! Nak tahu ke mana anda mesti pergi kalau dah sampai ke Singapura? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Singapore ini yang dibawakan khas oleh syoknyatravel.
1. The Merlion Tower
Ingat Singapura, ingatlah tugu Merlion ni. Sekiranya anda sekeluarga ke Singapura, kalau tak bergambar dengan tugu lambang kebanggaan negara ni macam tak lengkap pula rasanya percutian. Tugu yang terletak di Merlion Park ini memiliki reka bentuk yang memang unik, tak pernah dilihat hidupan seperti ini, tapi, inilah dia simbol Singapura, sebuah negara maju yang pada mulanya hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Sebab itulah badan Merlion ini berbentuk seperti badan ikan, kepalanya pula singa seperti namanya ‘Singa’pura ataupun bandar singa. Baru tahu kan?
2. Singapore Flyer
Ferris Wheel di Singapore Flyer yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang. Dari kapsul ini anda akan dapat melihat pemandangan indah 360 darjah kawasan sekitar Singapura, dan jangan terkejut kerana anda mungkin dapat melihat Malaysia juga dari kapsul ini pada hari yang jelas pemandangannya.
3. Gardens by the Bay
Gardens by the Bay ini merupakan satu lagi tarikan alam flora yang terdapat di Singapura. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.
Di sinilah juga terletaknya air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasanya, kalau sekali dah masuk ke taman ini, macam tak nak keluar, memang indah, lagi-lagi sekiranya anda datang pada waktu malam sekitar 7.00pm – 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini. Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata keindahannya.
4. Merlion Park
Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah sebuah lokasi yang patut anda lawati untuk menikmati pemandangan yang pasti mengujakan. Bukan dari depan menara ini tapi dari MULUT MERLION ini! Anda boleh naik ke bahagian ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah. Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif! Tak sia-sia bayar tiket mahal
5. Bugis Street
Dah puas berjalan di Singapura mesti nak bawa pulang sesuatu sebagai buah tangan kan? Tapi bajet pula makin mengecil lepas ke sana ke mari, maka Bugis Streetlah lokasinya untuk bershopping dengan murah tanpa rasa bersalah.
Di sini anda boleh temui bermacam barang dari pakaian, cenderamata, kosmetik hinggalah ke gajet, semuanya ada di sini. Mana taknya, ada lebih daripada 800 gerai di sini, memang tak habis jalan kalau sehari. Untuk datang ke Bugis Street ni senang saja sebab ia terletak hanya beberapa tapak sahaja dari stesen MRT Bugis.
Singapore memang sangat BEST dan menarik untuk dijadikan tempat pilihan percutian anda.
Anda tunggu apa lagi?
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Hubungi Encik Hilmi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!
0